Hari ni dijemput oleh Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Kedah untuk jadi juri pertandingan inovasi International Innovation and Design in Library & Information Science Competition (InDeLib 2017). Pertandingan ni kolaborasi bersama Perpustakaan Negara Malaysia. Terima kasih pada Dr Basha sebab recommmend aku jadi juri pertandingan ni. Pertandingan ni lebih kepada inovasi dalam bidang perpustakaan.
Alhamdulillah bertolak petang dan sampai ke hotel pukul 9.30 malam bersama Dr Basha & Dr Sam. Dalam perjalanan kami banyak berbincang projek-projek inovasi yang boleh dibuat,memang tak terasa dalam perjalanan sebab menyembang dari naik kereta sampai ke KL.
Pagi-pagi bertolak ke Wisma Peladang,KL untuk taklimat juri. Lepas taklimat,kami berpecah ikut booth penjurian masing-masing.
Aku dapat 14 booth untuk dinilai, ambik masa dalam 3 jam untuk dihabiskan..macam biasa la ada projek yang bagus dan ada projek yang baru fasa prototaip atau proof concept.

Sebelum balik, kami singgah dulu Pavilion nak tgk konsep coffee shop kawasan open space…kot2 boleh implement di UiTM Penang.