Ceramah Perniagaan Internet

Hari ni dijemput oleh Koordinator Tunas Mekar UiTM Pulau Pinang, Tuan Haji Rosley Jaafar untuk bagi talk bertajuk Pengenalan Pembinaan Laman Web dan Perniagaan Online . Program Tunas Mekar (TM) ni adalah program konsep mentor mentee perniagaan dimana mentee akan dilatih menjalankan perniagaan dengan bekerja di tempat mentor selama setahun. Program ni dianjurkan oleh ICU-JPM dimana pelaksanaannya dilakukan oleh UiTM.

Aku rasa berbesar hati kerana dijemput untuk berkongsi pengetahuan dengan para peserta TM Siri 5, maklumlah program TM Siri 2 & 3 aku menjadi kaunselor kepada peserta TM ni. Antara perkara yang dibincangkan adalah konsep domain hosting, web sebagai marketing tool , jualan internet, produk yang berpotensi dijual online, promosi perniagaan dan sessi soal jawab. Talk selama 3 jam tu rasanya sekejap saja berlalu kerana bab-bab meniaga ni aku rasa teruja nak cerita. Di akhir sessi soal jawab, aku offer free consultation untuk semua peserta sekiranya ingin membuat web perniagaan.

8

Lepas talk ada 3 orang peserta berminat untuk sessi hand on dimana mereka nak buat laman web untuk syarikat masing-masing. Zaman sekarang, kalau tiada website untuk syarikat..umpama nak berperang tanpa bawa senjata. Tak lengkap sebab pengguna lebih suka google dulu cari benda. Kewujudan syarikat di alam maya perlu supaya pengguna dapat menjumpai kita di carian google.

6

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*