Minggu ni attend training untuk mendapatkan Certificate Micro Business Advisor (CMBA). Training ni dari 1-3 Disember 2016 @Grand BlueWave Shah Alam. Penganjur adalah Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM. Mmg pack dari pagi sampai ke malam dok celik mata hadam semua modul-modul. Cert ini membolehkan aku memberi khidmat nasihat/sokongan kepada para peniaga yang dalam kategori IKS terutamanya usahawan baru. Walaupun aku bukan usahawan sepenuh masa,tapi dengan pengetahuan ni dapat memberi analisis secara teknikal bagaimana keadaan perniagaan syarikat dari segi kewangan dan tindakan yang perlu dibuat. Sapa-sapa nak free consultant analisis kewangan syarikat boleh contact aku..free baq hang!
Banyak benda baru diperkenalkan macam space matrix, tool PEC ,analysis kewangan syarikat. At the end kami semua kena siapkan 3 case studies untuk pelbagai jenis syarikat yang perlu disiapkan dalam masa 3 bulan.
Sem dah la nak start, mai pulak assignment ni,jenuh la nak fikirkan…nasib baik ada peserta tunas mekar,boleh jadikan case studies. Apa pun,best training ni sbb dapat jumpa rakan-rakan baru..meluaskan networking. Masing-masing share pengalaman dalam perniagaan dan tips-tips berguna dari otai-otai business. Jumpa juga dengan En Fairus yang pernah menjadi Timbalan Pengarah HEP di UiTM Penang.