Pagi-pagi buta dah bergerak ke Pusat Perubatan UKM (PPUKM) Cheras sebab risau disebabkan jem boleh sampai lambat.Walaupun Waze jangka 30 minit tapi aku tak boleh confident sgt sbb KL traffic tak boleh predict. Gerak awal sejam supaya boleh sampai awal dan prepare untuk training. Pantang penceramah datang lambat, mesti kena punctual.
Sampai 8.15 tapi dok melilau cari parking sampai kesudah tak jumpa, 8.40 masih tiada parking so terus gunakan khidmat jokey.
Sessi pukul 9.00 pagi appointment dgn Dr Muna, dia nak join kursus weekend Bangi tapi kena on call so dia mohon arrange utk personal tutor.Nak tunggu next workshop tak tahu bila,lagipun Dr Muna nak fly ke oversea sambung belajar early Oct. So personal tutor best option. Tutoring berjalan lancar ,Dr Muna ada basic sebab pernah attend kursus lain yg sama macam kursus ini (tulis tesis cepat ).Mungkin waktu kursus tu ramai jadi banyak benda dia tak sempat catch up. Bila personal tutor, boleh tanya apa saja dan demo dibuat didepan mata. Disebabkan Dr Muna guna macbook, aku pun pi pinjam MacBook Azhar , kawan dari UiTM jugak. Thanks bro
Habis session around 11.30 , terus ke conference room sambung utk group workshop. Group ni hasil dari permintaan Dr Aida ( Dr Zuraidah) untuk student yg bawah supervision dia and few from same dept. Dr Aida siap buat iklan lagi. Untung sebab dapat supervisor yang berusaha memberi benda yang baik utk anak-anak buah. Terima kasih tak terhingga kepada Dr Aida sebab sangat supportive dan bagi peluang utk aku ajar di sana. Teringat kat Kak Rose UiTM juga yang sangat supportive sampai buka laluan untuk aku buat kursus di UM. Dr Aida manage utk dapatkan 10 orang peserta,aku pun tak prefer ramai-ramai sebab susah nak fokus.
Peserta excited dgn features MS Word yg aku ceritakan dan kaitan dengan thesis template sampai waktu lunch pun tak break supaya dapat habiskan awal sebab ada yang datang dari Melaka, Shah Alam, Pahang. Harapnya dapat habiskan sebelum pukul 4 supaya banyak dapat keluar sebelum pukul 5. Alhamdulillah, nampak banyak yang dapat faham konsep yang digunakan dalam penyediaan tesis template.
Ni peserta-peserta yang hadir, ada yang terpaksa keluar awal ada meeting dan appointment lain. Rugi pulak tak bergambar dgn Dr Aida( sebenarnya dia yg ambik gambar ni…hehe). Niat Dr Aida nak bagi student dia gunakan template utk tesis sebab banyak yg sebelum ni terpaksa membayar harga yg mahal utk upah orang format thesis. Student medic ni agak 'malas' skit bab-bab komputer ni…sebab tu ramai nak subcon saja kerja-kerja format tesis ni. Peserta banyak bagi feedback untuk penyediaan template tesis, insya Allah template tesis UKM versi English akan disiapkan dan mereka adalah orang pertama yang akan guna template tu.
Dr Aida pun tgh tunggu visa utk sambung belajar di OZ bila-bila masa. Waktu berehat lepas habis workshop dia tunjukkan workstation dia yang dah kosong. Hmm…rasa berbesar hati dapat jumpa orang mcm Dr Aida. Kalau kita bagi all out utk peserta, nanti akan ada lagi ruang dan peluang akan muncul selepas tu. Next UNIMAP, masih dok deal dengan Puan Hidayah utk small group session di sana.
Lepas workshop rasa tekak tak berapa sedap & hidung berlari..patutnya malam terus nak shoot balik penang. So stay satu malam lagi rehat and gerak balik Tuesday morning. Overall another fruitfull weekend…sedikit penat tapi puas hati dapat bantu ramai orang.