Setelah mendapat Anugerah ICT utk Konvonsyen KIK UiTM PP, team kami terpilih untuk mewakili UiTMPP ke peringkat zon utara yang diadakan di UiTM Perak. UiTM PP menghantar 4 team iaitu team Sains Gunaan, Elektrik, Bahasa dan Farmasi.
Projek yang aku buat ni adalah kolaborasi antara aku dan pensyarah Fakulti Farmasi. Ia lebih kepada menyediakan platform komunikasi yang menyediakan komunikasi 3 hala pihak terlibat dalam Latihan Industri Fakulti Farmasi. Untuk pengetahuan, Fakulti Farmasi punya LI adalah panjang iaitu 2 semester berbanding dengan Fakulti yang kadang-kadang satu sem saja. Iye lah..nak bagi ubat kena praktik lama-lama la.
Dengan aplikasi yang dinamakan E-Host, ia berupaya menyediakan komunikasi sehenti atas talian dengan berbilang aktiviti interaktif bagi menyokong komunikasi sepanjang menjalani LI. Ayat ni mmg tak boleh blah..skema sangat. Pengalaman jadi juri untuk Pertandingan Inovasi telah memberi aku satu teknik iaitu ayat mesti power walaupun projek tak tera mana. Ingat lagi kata Dr Subri yang project inovasi recycle air wuduk tu… Menang peringkat antarabangsa kerana kehebatan penerangan dan menyusun kata-kata. Air wuduk recyle? Nothing new kan…Mak aku siap recycle air basuh ikan buat siram pokok.
Kali ni kami dapat Anugerah Kumpulan Berpotensi memandangkan baru first time masuk KIK. Not bad for starter…kalau nak tgk projek tu boleh layari www.phc322.com . Dibangunkan menggunakan platform Moodle.
Di sini berjumpa dengan salah sorang juri iaitu En Darus Kasim, dulu join sekali Workshop Adobe After Effect di Langkawi tahun 2012. Jumpa dia lepas kumpulan kami bentangkan projek jadi tak timbul isu bodek juri ke hapa. Cuma sempat berpeluk mesra sambil membisikkan kata 'kami nak menang at least satu kategori'…hahah.