Review Buku Law Of Attraction – Hukum Tarikan

Tahun ni sasaran aku nak baca sekurang-kurangnya 5 buah buku tak kira genre apa. Inspired dengan Mark Zuckerberg yang tiap-tiap tahun mencabar dirinya buat satu benda yang baru, takat baca buku 5 buah ni pun takdelah mencabar sangat…lebih mencabar dari segi mencari masa nak baca. Jadi aku on track dalam menyelesaikan sasaran ni. Tahun depan boleh up skit cabaran.

LawAttraction-front-380x564

Ni buku kedua yang telah dibaca.[pautan PTS] Alhamdulillah dapat selesaikan baca dalam masa sejam. Ni antara point-point yang dapat aku kutip,sama-samalah kita hadap ye :

  1. Ada sejumlah kata-kata atau ungkapan yang  menerangkan bukti-bukti wujudnya Hukum Tarikan. Antaranya ialah tanpa diduga,karma,kebetulan,sejak azali,nasib baik,takdir,pucuk dicita ulam mendatang.
    Kadang-kadang bila kita teringat seseorang, tanpa diduga dia call/sms kita.Pelik tapi benar.
  2. Jika nak menegur atau melarang, guna bahasa yang lebih positif tanpa menggunakan perkataan 'Jangan'. Bila guna jangan contohnya "jangan conteng buku itu", "jangan lintas atas rumput",sebenarnya kita memberitahunya benda yang negatif. 
  3. Benda yang negatif memberi getaran/vibe negatif kepada penerima arahan tersebut, jadi secara tak langsung pemikirannya menjadi lebih banyak negatif dari positif. Getaran yang kita berikan pada orang bertindakbalas secara terus.
  4. Getaran positif boleh disetkan dengan hanya memilih perkataan dan pemikiran lain yang lebih sesuai.Jika kita dapat getaran positif yang banyak, kita boleh jadikan kehidupan kita lebih baik dari hari semalam.
  5. "Jangan sesekali fikirkan perkara yang kamu tidak inginkan dan jangan sesekali menginginkan perkara yang kamu tidak fikirkan. Apabila kamu memikirkan sesuatu yang tidak diingini,kamu sebenarnya menarik perkara itu" Dr Raymond Holliwell.
  6. Getaran negatif boleh berlaku dengan tidak sengaja contohnya bila buka dompet dan mendapati tiada wang langsung, itu boleh memberi tanda takut atau mengeluh. Tanda-tanda ini menunjukkan getaran negatif.

Bagaimana nak jadikan pernyataan negatif ke pernyataan positif? Tukar ayat saja

Pernyataan Negatif Pernyataan Negatif
Jangan berlengah untuk hubungi saya Hubungi saya segera
Jangan panik Bertenang…
Jangan lupa Ingat untuk..
Jangan lambat Jumpa kamu pada masa yang ditetapkan
Jangan hempas pintu Tutup perlahan-lahan
Saya tidak akan tersinggung/berkecil hati Saya ok jew, Mak ok jer (MOJ)
Saya tidak mahu pelanggan saya membatalkannya Saya mahukan pelanggan saya menepati temu janji

Aku dulu pun dok guna ayat 'jangan bagi tumpah' terutamanya bila anak nak tuang air ke cawan, sekarang perlahan-lahan ubah 'tuang air elok-elok'.

Ada lagi ayat-ayat positif ? Boleh kongsikan di ruang komen supaya lebih ramai dapat manfaat.

Kbai

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*