Microsoft Word adalah produk buatan US, jadi kebanyakan setting defaultnya menggunakan setting US. Antaranya adalah dokumen dimana mereka lebih prefer LETTER dari A4. Kita di Malaysia lebih familiar dengan A4…cer cari kat kedai/pasaraya ada tak yang juai kertas LETTER…yang ada kertas A4 belaka.
Walaupun letter dan A4 ni seakan-akan sama tetapi ada perbezaan kecil iaitu A4 lebih tinggi dan kurang lebar dari letter. Kira A4 lebih tall,dark dan hensem dari letter. Sebab tu ada pengguna yang menaip dokumennya dalam saiz letter tetapi menghadapi masalah 'lari' alignment bila print kertas A4. Macam salah acuan la.
Jadi saya tunjukkan cari set default size kepada A4, setiap kali nak mula dokumen word automatik size jadi A4. Ayuh
Point 1 : PAGE LAYOUT > SIZE > MORE PAPER SIZE
Point 2 : Tukarkan paper size kepada A4 dan tekan SET AS DEFAULT. Tekan OK
Point 3 : Tekan YES
Bila buka new file, automatik size jadi A4.
SELAMAT MENCUBA.Boleh mengomen untuk sebarang pertanyaan.