Pagi ni standby di booth untuk dinilai oleh juri-juri dalam Pertandingan Penang Invention , Innovation & Design 2015 . Projek yang kami masuk adalah projek kategori ICT bertajuk . e-HosT: ONE STOP STUDENT COMMUNICATION CENTER FOR HOSPITAL TRAINING.
Projek ini susulan dari projek yang kami telah join KIK yang lepas dimana ditambahbaik sehingga 200% tahap kepuasan pengguna. Result akan diumumkan esok. Harapan nak pingat emas agak tipis kerana projek ni tidaklah mencapai wow factor tetapi lebih kepada sumbangan kepada dunia akademik. No matter pingat apa yang dapat, yang ditekankan adalah budaya inovasi dan kreativiti.
Update : Alhamdulillah, berjaya mendapat Pingat Emas. Kami akan improve lagi projek ni dan harap-harap dapat masuk pertandingan IID yang lain.
Dengan pengalaman aku sebagai juri dalam beberapa pertandingan inovasi, aku akan selitkan beberapa tips mendapat pingat emas atau perak.
Jamu mata dulu tgk gambar .