Hari ni diminta oleh Dr Subri untuk menyiapkan web pertandingan inovasi ASEAN dan Special Interest Group. Namun kami menghadapi masalah untuk mendapatkan domain yang dikehendaki kerana dah ada owner domain tu. Pilihan yang ada ialah cari owner domain tu dah beli…tapi mesti mahal,macam orang nak beli no plate yang cun. Kami dah berjaya mendapatkan domain baru dengan nama yg santai. Jadi tunggu kemunculannya.
Domain name atau alamat website penting kerana sebagai ejen pemasaran program yang kita nak promosikan dan satu lagi memudahkan orang mencari/menaip di website. Perkembangan terbaru menunjukkan banyak domain yg menggunakan .com sudah banyak habis digunakan. Jadi pihak pentadbir domain telah mewujudkan lebih banyak top domain yang lebih santai. Syarikat penjual domain terkenal US GoDaddy.com telah menyenaraikan top domain baru seperti online, news,design,life mewakili pelbagai jenis kategori business,education,food drink,entertain,real eastate dan sports.Cuma harga sedikit mahal dari domain .com.
Disini aku kongsikan tips mencari domain name yang mudah
- Cari domain yang mudah disebut/diingati. bak kata orang catchy and memorable.
- Jika ingin menjual produk, cari domain yang mencerminkan perniagaan/produk cthnya www.maduasli.com . www.jerukmadu.com , ini adalah kerana pengunjung yang mencari produk tidak menaip jenama produk atau syarikat tetapi menaip nama produk itu.
- Elakkan menggunakan nombor atau hypen (-) didalam domain kerana ia mengelirukan pengunjung cthnya byk web menggunakan domain spt 2u, 4u , muka-cantik dan sebagainya.
- Sebaiknya domain mengandungi satu patah perkataan atau dua patah perkataan cthnya www.kainela.com, www.powerbank.com . www.ubatresdung.com
- Elakkan menggunakan perkataan yang mengelirukan seperti ada kata sya @ sha ,
- Jika anda mensasarkan produk/perkhidmatan setempat, boleh masukkan nama contohnya jerukPenang.com, homestayLangkawi.com.
Di Malaysia, banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan beli domain. Disini aku listkan beberapa syarikat yang murah dan servisnya terbaik.