Fail MS Word adalah fail yang paling banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita, samada sebagai pelajar sekolah,universiti, kerja admin, businessman atau bos-bos besar.
Disebabkan penggunaannya yang meluas, maka banyak virus yang mensasarkan fail-fail sebegini .doc, docx. Kadang-kadang kita dapat email scam yang attach fail word dimana sebaik sahaja kita membuka fail word,virus terus menyerang komputer.
Ada juga virus yang attack dan merosakkan fail word seterusnya menjadikan benda ni sebagai alasan paling cliche student bila tak siap assignment. Kali ni aku nak share bagaimana kita boleh mengelakkan tragedi ini berlaku.
Didalam MS Word ada fungsi yang dinamakan backup file, setiap kali kita save document maka word akan generate satu lagi fail backup (maknya ada 2 fail), satu fail yang kita gunakan untuk edit dokumen (doc/docx) dan satu lagi fail backup.(wbk)
Jika sesuatu yang buruk berlaku kepada fail word kita contohnya kena virus, corupt atau terdelete, jadi kita tak perlu meroyan kerana ada satu lagi file backup bersedia dibuka. Kecualilah kalau USB drive hilang, mmg kena meroyan la.Bukan setakat fail word, fail-fail lain pun turut lesap.
So aku sharekan langkah-langkahnya enable backup,benda ni buat sekali sahaja untuk setiap komputer.
-
Klik pada word option.
-
Pilih tab Advanced dan skrol cari bahagian Save
-
Tick (/) pada bahagian Always create backup copy dan tekan OK
-
Save fail anda beberapa kali dan anda akan dapati fail backup akan dicreatekan.
- Biarkan fail Backup of Sample File tu main sorang-sorang, kita hanya edit file asal kita saja. Cuma jika sesuatu terjadi pada sample file tu, boleh gunakan fail bekap kita.
#kipidap #bekap