3 minggu sebelum tarikh hari ini, mendapat panggilan dari USIM berkenaan bengkel format tesis. Alhamdulillah, hari ni dapat memenuhi jemputan dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Terima kasih kepada En Afdal Penolong Pendaftar yang menjemput dan menguruskan workshop ini. Skop workshop hari ni lebih kepada bagaimana nak menggunakan template thesis yang dibuat supaya kerja-kerja formatting lebih sistematik dan mudah.
Sebelum ni memang pernah buat template tesis USIM ikut buku panduan tahun 2010 sebab dalam workshop yang aku pernah buat, ada seorang kakak mintak buat untuk siapkan thesis dia. Alhamdulillah, dia berjaya habiskan PhD walaupun ambil masa yang agak lama memandangkan dia buat part time. Aku ambil masa dalam 4 hari untuk siapkan draf pertama tesis untuk versi baru ni. Thesis guidelines versi baru ni boleh didownload dari website Pusat Pengajian Siswazah USIM https://cgs.usim.edu.my/quick-link . Exact url <click here>
Aku bertolak dari Penang petang Rabu, sampai Nilai dalam pukul 10. Check ini hotel Nilai dekat dengan AEON.(dalam 3.5 km dari USIM). Memandangkan aku tak familiar dengan trafik hari kerja di Nilai, aku tak berani ambik risiko bertolak dari Sg Besi atau Wangsa Maju.
Workshop hari ni dibuat di Bilik Seminar, Perpustakaan USIM. Cantik bilik ini, memang sesuai untuk seminar dengan kelengkapan dan wifi yang laju. Peserta dalam 20-30 orang. Dalam workshop ini aku kongsi banyak tips dan teknik dalam pengendalian template ni dalam masa yang diperuntukkan. Antara benda yang diceritakan adalah page break, section break, field shading, multilevel list. Harap-harap semua dapat mengaplikasikan semua benda yang dikongsikan.
Hmm, yang nak download tu boleh terus klik ke pautan ini. Terima kasih kepada Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kerana memberi peluang dan menjemput supaya boleh dikongsikan pengetahuan ini. Boleh cuba try test template ni, jika ada sebarang cadangan/pembetulan boleh terus maklum kepada saya.
Insya Allah looking forward for next workshop especially dalam menjadi creator kepada thesis template.