Hari ni hadir Mesyuarat Penyelarasan Program Tunas Mekar Siri 6 di ICU, Wisma Persekutuan, Kepala Batas. Tunas Mekar ni program untuk membantu usahawan muda (siswazah) menjalankan perniagaan. Aku dilantik sebagai Perunding Perniagaan bagi membantu seramai 8 orang usahawan agar dapat melonjakkan/mengembangkan perniagaan mereka ke satu tahap yang lebih. Sebagai perunding, tugas menjadi lebih berat kerana KPI yang ditetapkan.
Konsep kali ni diubah kepada group mentoring, sebelum ni lebih kepada one to one mentoring dimana perunding memantau satu peserta satu masa. Yang ni 3 pengusaha dan 3 perunding akan guide 8 orang peserta selama 6 bulan supaya mereka dapat memajukan perniagaan masing-masing.
Pengusaha (mentor) dan perunding tengah mendengar pengenalan dari peserta.
Peserta Tunas Mekar sedang memperkenalkan diri dan latar belakang perniagaan.
Bila dah jadi perunding perniagaan ni, kena la tau terma-terma terkini yg dipakai dalam bisnes hari ini macam Lean Canvas, Business Model Canvas, Limited Liability Patnership (LLP) dan macam-macam lagi. Dulu time grad takdak inisiatif usahawan yang macam ada sekarang, mungkin zaman dulu bilangan graduan menganggur rendah dan banyak kerja available. Zaman skrg, graduan banyak dan kerja kosong limited, graduan employbiliti sekitar 60% saja, jadi gov initiate agar graduan tidak terlalu memilih bekerja makan gaji dan memilih buat bisnes. Konsep online store, food truck, technoprenuer boleh diapply dalam bidang masing-masing.