Workshop kali ni dibuat setelah berbincang dengan Puan Rusmawati lecturer UiTM yang sedang buat PhD Akademi Pengajian Melayu (UM). Aku lebih senang memanggil sebagai Puan Rose. Puan Rose yang aku suspek dia orang Utara kerana loghat sama mcm aku sangat supportive malah tolong cari peserta sekali. Terima kasih sebab invite datang buat workshop disini, terima kasih kepada Dr Sabzali yang menyediakan tempat untuk buat workshop ni. Walaupun kehadiran tak berapa ramai sangat tetapi yang penting dapat share knowledge bersama dan untungnya peserta sebab dapat spend time lebih lama dengan trainer.
Untuk pengetahuan, UM telah mengeluarkan panduan penulisan tesis versi 2015 dimana aku boleh katakan sangat ‘mesra’ dengan fungsi-fungsi Word. Panduan ini tidak terlalu details dan memberi kebebasan untuk kita mencorakkan format tesis. Dengan ini aku letakkan UM sebagai ranking no 1 dalam Guidelines Thesis yang paling mudah untuk diformatkan.
Untuk muat turun Guidelines ni boleh dapatkan dari web IPS UM ENG | BM
Template thesis ni akan aku kongsikan di pautan yang lain.
Rasa excited sebab akhirnya dapat juga pulang ke gagang as a trainer not as a student. Sempat juga jalan kaki ambik feel disepanjang pedestrian dari 7th College ke Fac Sains. Dulu first time masuk dalam 2-3 minggu la berjalan kaki sebelum ada moto. Apapun Insya Allah, akan adakan lagi workshop pada masa akan datang.
Stay tune UM