Thesis UPSI mencurah-curah

Hari ni dapat job format tesis untuk UPSI. Mulanya Cikgu Edwin yang minta aku format tesis dia 11hb, bila dah siap dia puas hati &  dia suggest kat kawan-kawan dia yang lain. 29hb dapat satu thesis untuk formatting, pastu 30 hb dapat lagi 2 thesis… Terima kasih kat Cikgu Edwin yang percaya dan suggest kat coursemate dia untuk hantar format tesis.

Kiranya aku berperang sampai ke Sahur nak siapkan semua tesis-tesis tu. Mujur tesis Master jadi bilangan mukasurat 100++ saja. Tapi biasa la bila format tesis yang dibuat dari dokumen tanpa sebarang formatting,meme bersilat jugak la nak setupkan semua setting.

Nasib baik template tesis UPSI yang aku buat memudahkan kerja-kerja setup, cuma dalam buat tu ada beberapa grey area dalam Thesis Guidelines UPSI..dalam penerangan dia kata single spacing, bila bagi contoh buat double spacing. Kadang-kadang terfikir jugak,orang yang buat guidelines ni mmg for sure guna manual sebab byk term dia guna langkau(spacing) instead of before/after paragraph.

2 malam jugak la jadi Zombie siapkan, lega sebab dpt settlekan & boleh hilangkan stress students yang nak hantar tesis diorg 30hb tu. Bila berjaya deliver 3 tesis tu,tup-tup tgh sahur 1hb Jun, dapat satu lagi msg waktu sahur untuk siapkan urgent. Hantar time subuh nak sebelum 12.o0 tghari sbb dah submit. Aku pun mandi siap2 & terus masuk ofis awal siapkan. Alhamdulillah,pukul 12.05 hantar kat dia tapi ofis dah tutup sebab Jumaat.

Berdasarkan feedback yg aku dapat dari 4 thesis ni, aku dah siapkan template terkini untuk UPSI. Selamat download, jika Tuan/Puan rasa template ini membantu, sudilah kiranya dapat buat sumbangan atas research/kerja yang aku buat ni. Kalau nak jemput buat workshop,boleh hubungi 019-276 5752 untuk perbincangan.

Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*