Juri Educational Festival 2016@Politeknik Seberang Perai

2 hari lepas dapat invitation dari Politeknik untuk jadi juri Educational Festival, pertandingan projek bagi pelajar akhir semester. Scope yg diberikan utk penjurian projek kategori network. 

Ada 7 projek untuk dinilai, 7 projek ni telah melalui proses saringan awal dan mereka top 7. Secara keseluruhannya, semua projek bagus-bagus dimana mereka guna teknologi terkini dan apply untuk penyelesaian masalah yang dihadapi dalam organisasi. Di sini terletaknya kekuatan student poli, TVET skill mereka agak kuat berbanding student diploma UiTM. Inisiatif mereka juga boleh dibanggakan sebab rata-rata spend 400-800 menggunakan duit sendiri utk pembelian peralatan. Ada yang spend lewat malam sampai pagi belajar Utube utk install OS dan configure coding ( zaman muda-muda aku mcam ni la malam main CM sampai pagi buta).

Open source + mobile platform adalah key untuk developer zaman sekarang. Boleh automate semua benda termasuklah integrated dengan komponen elektronik. Potensi sangat banyak dengan kos yang minima. Smart phone mmg menunjukkan yang dia lebih smart dari smart card. Boleh control suis dari wifi atau bluetooth. Terlalu banyak benda boleh buat dengan Raspberry Pi dan Arduino. Aku teruja nak belajar benda-benda ni tapi masa agak limited nak belek2 benda ni, nak main FM (Football Manager ) pun tak sempat cheeky

 

Team dibawah ni memang team 1Malaysia, lengkap CIMB… menyelesaikan masalah lecturer takut dengan gelap pagi-pagi masuk kerja dgn buat auto suis. Sesuai dgn orang Malaysia yang takut hantu.surprise

Jadi aku pun terpikir utk buat sasaran tahun depan walaupun sasaran tahun ni masih belum tercapai ( Nak lari mana-mana run 5km, setakat ni baru 2.5km dapat – nak baca satu buku – buku dah beli tapi belum baca ). 

Sasaran 2017 – beli dan develop satu aplikasi guna Arduino

Sasaran 2017 – beli dan guna dalam kelas Raspberry PI. Semoga berjaya ! 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*